BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Followers

Saturday 25 June 2011

Kisah Sebenar Si Dia dan Aku Penfitnah...

Assalamualaikum...hurmm...baru riny sedar dan tahu kenapa yang dia tak pernah nk percayakan riny....rupa-rupanya dia sudah berpunya. patut semacam saja dia layan riny kebelakangan ini...... riny sedih sangat. tapi riny patut dapat balasan yang macam ni sebab dulu riny lupa masa dia nak kat riny, tak dapat nak bagi kata putus sebab riny ada masalah dengan bekas kekasih lama riny tu, tapi bila dah selesai semua riny pun cari dia, setiap saat riny nantikan dia dalam ym dengan fb.....banyak masa riny luangkan semata-mata untuk menanti dia....tapi riny faham, mungkin ini riny sepatutnya terima atas perbuatan riny.....tapi kenapa dia tak nak berterus terang cakap "awak saya sudah berpunya" kenapa masih nak sakiti hati riny?? kalau riny tahu riny pun tak nak ganggu dan mengharapkan dia....riny cuma akan mendoakan kebahagiaan dia dengan kekasihnya..... kenapa lelaki suka sakiti hati perempuan yang lemah macam riny?? riny dapat tahu pun dari kawan dia....kenapa susah nak jujur dengan riny...just cakap je kt riny dan riny faham....riny pun tak nak ganggu pasangan orang lain....

riny sangkakan seorang yang baik macam dia dapat menjaga hati riny....tapi tadi semasa riny stalk profile dia riny terbaca post yang di hantar kat wall kekasih dia.. " jangan percayakan dia " kamu semua tahu apa perasaan riny masa baca post tu??? bertapa hancurnya hati dan semangat riny...seolah-olah riny macam perempuan yang murah dan jahat suka menfitnah...satu lagi pada wall dia pun dia  ada tulis " itu semua fitnah " bertapa sakitnya hati riny bila tengok semua ini..... mungkin kawan-kawan blogger boleh cakap masih ada ramai lagi lelaki diluar sana...tapi kawan-kawan tahu tak apabila kita mengharapkan seseorang itu dan pernah memberi harapan pada kita..... bukan senang nak terima kenyataan...tetapi ini adalah hakikat yang riny sememangnya tidak berguna....riny hina dimata dia...riny penipu dimatanya, riny penfitnah dalam hidupnya....

walaupun dia seorang yang baik pernah riny kenal....tetapi dia yang paling menyakiti hati riny sepanjang hidup riny... kadang-kadang riny nak melakukan pekara bodoh dalam hidup riny yang tak sanggup lagi nak menghadapi kehidupan riny seterusnya....

riny dapat tahu kaki dia kena kaca dan kena jahit...riny menangis semasa dengar dia bgthu...riny risau sangat tentang diri dia...sebab kenapa riny pun tak tahu....tapi apa yang riny dapat.....riny kecewa dengan sikap dia...riny mengakui dia seorang yang sempurna... ada rupa, akhlak, tidak merokok, baik hati, lemah lembut dan cukup lengkap malah dia juga rajin bersolat di masjid.....kawan-kawan kalau ada lelaki yang dapat membimbing kita adakah kawan-kawan tak mahu dia membimbing diri kita...mungkin kawan-kawan tak setuju sebab kawan-kawan tidak pernah mangalami kehidupan seperti riny.... riny rasa cukuplah sampai disini riny cakapkan tentang dia.... nanti dia akan serang riny pula dan cakap riny penfitnah yang besar.....riny dah serik....riny tak tahu nak buat apa-apa lagi.... riny cuma dapat luahkan isi hati riny dalam blog riny.... riny menaip dengan air mata, riny menangis kerana kecewa... Assalamualaikum...

0 comments: